wahai temanku, maafkan diri ini seandainya pernah menyakiti hatimu. aku ingin lupakan peristiwa semalam yang sangat mengerikan. sekiranya itu satu gurauan, ia adalah satu gurauan yang sangat menakutkan bagiku. sekiranya ia satu mimpi, ia adalah satu mimpi yang sangt mengerikan bagiku. sekiranya ia satu kenangan, ia adalah satu kenangan yang sangat pahit bagiku. aku hanya insan biasa yang tak sanggup kehilangan seorang sahabat terbaik yang membimbingku kearah jalanNya walaupun diluar kesedaranmu. aku hanya insan biasa yang tak sanggup berdendam dengan sahabat terbaik yang sentiasa ada disaat diri ini susah mahupun senang. janganlah engkau pudarkan hubungan persahabatan yang seindah dan sesuci kain putih. kita yang menjadi warna-warna yang menghiasi corak kain itu. berikanlah segenggam kasihmu kepadaku wahai teman kerana kasih ini sepanjang zaman tiada talian untuk diputuskan, tiada ikatan untuk direnggangkan dan tiada talak utuk dipisahkan. maafkan diri ini yang selalu meyusahkan dan meresahkan hatimu wahai temanku.
wahai teman....
injak kakiku teras longlai ke udara
tiada rasa sayu
tiada rasa pilu
andainya aku tiada
abadikan memori kita bersama
pahatkan tanda kuburku
dengan kasih sayang kalian
sewangi mawar putih
seharum haruman kasturi
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat baik ku. I LOVE YOU!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment