Monday, November 26

La TaHzaN... (^_^)



wahai sahabatku,
sekuat manapun ujian mu, 
ingatlah bahawa kamu masih ada Allah.. 
'polis' dikiri dan kanan mu, 
kami disisi mu, 

La Tahzan sahabatku, 
aku tak sekuat dia,
aku juga kalah dalam mengawal emosi, 
aku gagal mengawal amarahku, 
dan aku juga gagal untuk rasional disuatu masa.

tapi, 
aku tidak mahu kamu kecundang seperti ku, 
kita masih punya Allah, 
Allah sentiasa merindui hambanya. 

p/s:- senyum itu pengubat nya... :)

Friday, November 23

PanTai [VS] sUngAi


Apa yang ada pada sungai dan apa yang ada pada pantai.?? Sudah semestinya ada air,  pasir dan hidupan air walaupun berbeza. Anda setuju? Yess..!! saya sangat setuju dengan kenyataan saya.  Setiap ciptaan Allah ini ada sesuatu istimewa yang terzahir tersurat atau tersirat.

Baiklah, mari kita singkapkan...  



Sungai,
dengarkan bunyian air yang mengalir indah disulami dengan bunyi unggas dan tiupan angin bagi menambah kedamaian yang dirasa. Kesejukan air yang membasahi tubuh sangat
menyamankan dan menyegarkan. Sekuat mana arus yang mengalir,
selaju mana air yang mengalir dan sedalam mana pun air di sungai,
sekiranya hanyut carilah di sepanjang sungai.

Indahnya ciptaan Allah, walaupun hanyut masih ada petunjuk untuk kembali ke jalan-Nya.



Pantai,
Keindahan bunyi deruan ombak dan kedamaian bayu petang jelas terasa tika menampar lembut di wajah ciptaan Allah. Luasnya ciptaan Allah yang terbentang didepan mata berjaya menitiskan butiran mutiara jernih di tubir mata. Hebatnya aku di pentas dunia, akulah orang yang terhebat di dalam teater realiti ini dan aku adalah orang yang disegani serta dihormati.  Yes!! Hebatnya anda. Namun, kehebatan anda tiada nilai di akhirat seandainya masih terperangkap di pentas dunia tanpa bekalan untuk kemudian hari. dan sebesar mana pun pangkat dan nama kita, tetap kecil di hujung pantai bahkan tidak kelihatan dari hujung.

See,.. indahkan ciptaan Allah..!!~ sehebat mana pun kita, tiada yng lebih hebat melebihi Allah..

Monday, November 12

J E N A Z A H

Dalam ketenangan deruan air terjun di hutan lipur lata jarum sewaktu aku bermukhayyam 
bersama Sahabat Masjid (SAHAM). satu slot yang menyentuh sanubari ku, 
Alhamdulillah, sentuhan pertama itu akan menjadi bekal untuk kedua ibu bapaku.. 
dulu aku selalu terfikir, kalau ibu bapaku meninggalkan kami adik-beradik, 
siapa yang akan menguruskan jenazahnya. tapi, sekarang akulah yang akan 
melaksanakan semuanya kerana aku adalah anakmu, 
selamat menonton...